

Milik sepenuhnya

Diiktiraf oleh

Beroperasi sejak 1995
KITAB Pulau Pinang
menawarkan pelbagai kursus dari pelbagai peringkat

SIJIL
DIPLOMA

Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol
Rektor KITAB Pulau Pinang
dilahirkan di Kampung Pulau Tengah, Pendang, Kedah Darul Aman pada 26 April 1977. Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Shariah di Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 2001.
Program Yang Ditawarkan
KITAB menawarkan pelbagai program pengajian yang bertumpu kepada asas pengajian Al-Quran untuk melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing dan mahir dalam Pengajian Islam, Ilmu Kontemporari, Ulum Al-Quran, Muamalat, dan Sains Pengurusan. Program pengajian diploma di KITAB telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Kebolehpasaran
Graduan KITAB

Kebolehpasaran Graduan KITAB bagi tahun 2022 adalah 86.8%.
Peratusan Kadar Graduan berdasarkan tahun 2022 adalah 100%
Berita Terkini
✨ KITAB BERSELAWAT 2025 ✨ 📅 29 Julai 2025 | 6.30 – 10.00 malam 📍 (Dataran Akademik, KITAB Pulau Pinang) Ayuh raikan malam penuh Nur dan Selawat bersama barisan jemputan istimewa! 🌙💖 Bersama: 🔹 Yang Berhormat Dato Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Turut menampilkan; 🔹 Al-Fadhil Ustaz Suhaizi Bin Semail 🔹 Kumpulan Qasidah Fattabiouni Marilah menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW melalui selawat, ilmu dan ukhuwah. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis yang mengangkat jiwa dan menyubur iman! 📖 "*Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi...*" (Al-Ahzab: 56) #KitabBerselawat2025 #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
🔊🔊🔊 Pra Pendaftaran ke KITAB Pulau Pinang untuk kemasukan Julai 2025 🔊🔊🔊 Jom hadir beramai-ramai bagi sesi Pra Pendaftaran dan Hari Terbuka KITAB Pulau Pinang yang akan diadakan pada: Tarikh : 21-24 Julai 2025 Hari : Isnin hingga Khamis Tempat : PIDL KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
📣𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆📣 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang merupakan Institut Pengajian Tinggi hak milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB Pulau Pinang menjemput para pelajar SPM 2024 yang masih belum mendapat penempatan di mana-mana IPTA atau IPTS ke MINGGU PRA-PENDAFTARAN DAN HARI TERBUKA KITAB PULAU PINANG. Temui kami secara bersemuka untuk sebarang pertanyaan berkaitan program & halatuju pengajian seperti ketetapan berikut: Tarikh: 21–24 Julai 2025 (Isnin–Khamis) Masa: 10:00 pagi – 3:00 petang Tempat: Penang Islamic Digital Library (PIDL), KITAB Pulau Pinang KITAB menyediakan peluang pengajian peringkat Diploma dengan tawaran BIASISWA penuh yang disediakan oleh MAINPP*. Syarat kemasukan bagi pengajian Diploma KITAB adalah 3 KREDIT SPM, manakala bagi program pensijilan adalah 1 KREDIT sahaja. 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟏𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟏 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 Pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Seminar “𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐬𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐄𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 “ anjuran Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kaunselor Malaysia. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad B. Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan bahawa seminar ini adalah selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI2030), khususnya di bawah teras Pembangunan Pendidikan yang memberi penekanan kepada pengukuhan nilai spiritual dan jati diri Muslim melalui sistem pendidikan dan bimbingan bersepadu. Program ini menghimpunkan para guru kaunselor dari seluruh negeri Pulau Pinang, dengan matlamat memperkasakan pendekatan bimbingan kaunseling berteraskan Islam dalam mendepani cabaran dan dinamika era digital masa kini. Seminar ini turut menampilkan dua tokoh ilmuwan sebagai ahli panel utama: Slot 1: Prof. Emeritus Dato’ Dr. Amir Bin Awang yang membentangkan gagasan hikmah dalam kaunseling Islam sebagai landasan kukuh untuk membimbing generasi digital dengan pendekatan yang penuh kasih sayang, kefahaman dan kesedaran rohani. Slot 2: Prof. Madya Dr. Fatahyah Bt Yahya yang mengupas secara mendalam isu-isu semasa dalam dunia kaunseling pendidikan, serta strategi responsif berlandaskan nilai Islam untuk mendampingi pelajar dalam dunia yang serba mencabar ini. Semoga seminar ini menjadi titik tolak kepada koloborasi strategik usaha sama antara institusi pendidikan, kerajaan dan masyarakat dalam membina sistem pendidikan yang lebih relevan, berkesan dan berpandukan wahyu Ilahi. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝗗𝗶𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 : 𝗬𝗕. 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱 Tarikh : 17 Julai 2025 Masa : 8:30 Pagi - 1:00 Petang Tempat : Dataran Akademik, Kitab Pulau Pinang Panel : Prof. Emiratus Dato' Dr. Amir Bin Awang K.B.;P.A. ( Pelopor Kaunseling Malaysia ) Prof. Madya Dr. Fatahyah Binti Yahya K.B.;P.A ( Pengarah Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa ( CIRC ) UniSHAMS
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐊𝐄 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 @ 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓 Alhamdulillah, Kursus Persediaan Bahasa Arab ke Timur Tengah anjuran KITAB dengan Kerjasama ICU, JPM telah berjaya dilaksanakan dari 17 Mei hingga 12 Julai 2025, bertempat di Dewan Utama KITAB, Pulau Pinang. Kursus ini menghimpunkan pelajar-pelajar lepasan diploma KITAB yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi Islam di Timur Tengah iaitu WISE University & Mu’tah University Jordan dan Universiti Al-Azhar Mesir. Program ini dirangka dengan teliti bagi memperkukuh kemahiran bahasa Arab peserta, merangkumi aspek nahu, sarf, perbualan, penulisan dan pemahaman teks akademik, di samping pengenalan kepada budaya dan sistem pendidikan di negara-negara tersebut. Modul turut disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman termasuk pensyarah-pensyarah dari Timur Tengah dan tenaga pengajar tempatan. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB yang menekankan peri pentingnya penguasaan bahasa Arab dalam memahami sumber-sumber Islam yang asli serta sebagai pintu masuk kepada pengajian Islam yang mendalam dan berwibawa. Semoga para peserta membawa pulang manfaat besar daripada kursus ini dan bersedia secara mental, fizikal dan rohani untuk menempuh cabaran sebagai penuntut ilmu di bumi para anbiya’. Moga usaha ini menjadi sebahagian daripada pelaburan jangka panjang dalam membina generasi ulama’ yang berwibawa dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, seiring dengan matlamat Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) Pulau Pinang. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Saksikan 𝐇𝐈𝐊𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 yang bakal berlangsung pada: 📆 Khamis, 17 Julai 2025 🕙 10.30 pagi 📍 Live di Facebook & TikTok Kupasan ilmu yang segar, santai dan berinspirasi daripada: 1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Amir Bin Awang 2) Prof. Madya Dr. Fatahyah Binti Yahya @ fatahyah yahya Jangan lepaskan peluang ini. Jom sertai kami!!! _____________________________________________ ‼️Pilih Bijak, Pilih Masa Depan, Pilih KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟗 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐄𝐊 𝐇𝐁𝐈 @ 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓 Alhamdulillah, program Halaqah Bicara Intelek @ KITAB 2025 siri ke-6 telah berlangsung dengan penuh barakah, menampilkan tokoh ilmuwan tersohor, Prof. Dr. Mustafa Dieb Al-Bugha, ulama dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam yang juga merupakan salah seorang pengarang kitab "Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Madzhab Al-Shafi' i". Majlis ilmu ini turut dirasmikan oleh Sahibus Samahah Prof Madya Dato’ Dr Mohd Sukki Bin Othman, Mufti Pulau Pinang yang mewakili YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang mengingatkan semua hadirin tentang peranan institusi pengajian tinggi sebagai gedung ilmu dalam membentuk masyarakat rabbani dan membudayakan ilmu sebagai asas pembangunan ummah serta saling menghormati antara satu sama lain. Dalam siri kali ini, Prof Dr Mustafa membicarakan topik yang amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu Fiqh Zakat. Perbincangan mendalam ini merangkumi kefahaman maqasid zakat dalam konteks pemerintah sebagai institusi yang mengutip dan mengagihkan kepada asnaf yang memerlukan, serta isu-isu kontemporari yang berkait dengan pengurusan dan fiqh zakat dalam konteks semasa. Kefasihan beliau menghuraikan dalil-dalil serta contoh-contoh praktikal menjadikan sesi ini sangat bermanfaat dan membuka minda para peserta yang hadir. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang hadir serta pihak yang menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan menyumbang kepada pemerkasaan ilmu dalam kalangan masyarakat yang merupakan sebahagian daripada Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) Pulau Pinang. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟏𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟖 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 Pengurusan Tertinggi KITAB Pulau Pinang yang diketuai oleh Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di E&O Hotel. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi yang pertama daripada pihak KITAB sejak pelantikan Tuan Yang Terutama Tun sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9. Tujuan kunjungan adalah bagi mempersembahkan maklumat berkaitan Majlis Konvokesyen KITAB Kali Ke-14 yang bakal berlangsung, di samping menyampaikan taklimat ringkas berkenaan perkembangan semasa serta perancangan strategik KITAB sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun atas kesudian menerima kunjungan ini serta sokongan berterusan bagi pembangunan KITAB Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI) 2030 di negeri Pulau Pinang melalui teras Pendidikan. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
📍 Temui kami secara bersemuka untuk sebarang pertanyaan berkaitan program & halatuju pengajian seperti ketetapan berikut: Tarikh: 21–24 Julai 2025 (Isnin–Khamis) Masa: 10:00 pagi – 3:00 petang Tempat: Penang Islamic Digital Library (PIDL), KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #JomMasukKITAB #kitabpilihankami
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-84 dan semoga dilanjutkan usia Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib. Semoga Pulau Pinang terus makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan TYT Tun. Tulus ikhlas daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Warga Kerja Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Saksikan ‘𝐇𝐚𝐥𝐚𝐪𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐞𝐤’ 𝐇𝐁𝐈 @ 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓 dengan syarahan daripada 𝐏𝐫𝐨𝐟 𝐃𝐫 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚 𝐃𝐢𝐛 𝐀𝐥 𝐁𝐮𝐠𝐡𝐚 yang bakal berlangsung pada: 📆 Selasa, 15 Julai 2025 🕙 10.00 pagi 📍 Live di Facebook & TikTok Kupasan ilmu mengenai FIQH ZAKAT yang segar, santai dan berinspirasi daripada tokoh ulama terkemuka! Jangan lepaskan peluang ini. Jom sertai kami!!! ___________________________________________________________ ‼️Pilih Bijak, Pilih Masa Depan, Pilih KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Tahniah ✨ YBhg. Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang Atas Penerimaan Anugerah Kecemerlangan Pemimpin Wanita Dunia Dalam Bidang Pendidikan Sempena Sidang Kemuncak Ekonomi & Perniagaan Wanita Dunia 2025 Ikhlas Daripada, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta seluruh warga kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
📣𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆📣 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang merupakan Institut Pengajian Tinggi hak milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB PULAU PINANG MENJEMPUT PARA PELAJAR SPM 2024 YANG MASIH BELUM MENDAPAT PENEMPATAN DI MANA-MANA IPTA‼️ KITAB menyediakan peluang pengajian peringkat Diploma dengan tawaran BIASISWA penuh yang disediakan oleh MAINPP*. Syarat kemasukan bagi pengajian Diploma KITAB adalah 3 KREDIT SPM, manakala bagi program pensijilan adalah 1 KREDIT sahaja. 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟖 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 Alhamdulillah, perhimpunan kakitangan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) telah berlangsung dengan jayanya di mana majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad B Hashim, pensyarah daripada Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (PPTAQ). Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh Rektor KITAB berkaitan perancangan dan halatuju KITAB bagi memastikan ianya dicapai selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI) 2030 di bawah teras Pendidikan yang digagaskan oleh YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Majlis turut menyaksikan pelancaran kempen “Jom Tunaikan Zakat Melalui Potongan Gaji” kepada semua staf KITAB melalui Skim Sakinah Zakat MAINPP di mana manfaatnya dapat dikembalikan kepada anak-anak asnaf yang berkelayakan bagi menyambung pengajian di KITAB Pulau Pinang. Ianya turut disusuli dengan penyerahan sijil penghargaan jawatankuasa pembentukan kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada empat kakitangan akademik yang diketuai oleh Ustazah Noramira Binti Adnan @ jamaluddin. Melalui perhimpunan ini, semoga ianya dapat meningkatkan hubungan serta motivasi staf ke arah mencapai halatuju KITAB untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam pilihan dan pusat kecemerlangan Islam yang dirujuk di rantau Asia Tenggara serta diiktiraf di peringkat Antarabangsa. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 3 Sesi 2024/2025 pada 1 hingga 3 Julai 2025 kepada semua pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Semoga para pelajar diberikan kekuatan dan kelancaran dalam menghadapi peperiksaan ini. Seluruh warga KITAB Pulau Pinang sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat semua pelajar. Berusahalah dengan penuh tekad, dan bertawakallah kepada Allah untuk memperoleh hasil yang terbaik. Ingatlah, setiap usaha yang gigih tidak akan pernah mengkhianati hasil. Selamat maju jaya! #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Tahniah ✨ YBhg. Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang Atas penerimaan Anugerah Khas Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1447H / 2025M Ikhlas Daripada, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟖 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔 𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 “𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐋-𝐂𝐇𝐈𝐋𝐋 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀, 𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀𝐍𝐘𝐀” Alhamdulillah, Program KITA KITAB Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan penuh semangat dan pengisian bermanfaat. Program yang dirasmikan oleh Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol merupakan inisiatif ke arah memperkukuh ukhuwwah dalam kalangan kakitangan serta memperkasakan kesejahteraan mental di tempat kerja. Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi menjelaskan KITAB merupakan agensi milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, maka setiap perancangan yang dilaksanakan haruslah selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) dan visi Penang 2030. Oleh itu penting bagi KITAB menyediakan persekitaran kerja yang lebih sihat, positif dan menyokong antara satu sama lain ke arah mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Program KITAKITAB akan dilaksanakan sebanyak empat siri, bermula Siri 1 pada hari ini dan akan berakhir pada bulan Julai 2025. Program ini dirangka sebagai wadah untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja KITAB di samping memberikan input berguna dalam menangani tekanan kerja secara sihat dan berkesan. Sepanjang tiga sesi yang berlangsung pada hari ini, para peserta telah mendapat perkongsian yang bermanfaat daripada Puan Wan Nor Ashikin binti Wan Zain, Kaunselor Kolej Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang memberikan panduan praktikal dan motivasi berkaitan pengurusan emosi serta strategi mengurus tekanan dengan cara yang produktif dan Islami. Semoga siri-siri seterusnya akan terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan dalam kalangan warga KITAB. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼️PENGAMBILAN JULAI 2025 MASIH TERBUKA‼️ 5 Tawaran BIASISWA KHAS Pendidikan MAINPP-KITAB Kuota Biasiswa ini diwujudkan khas bagi lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian Diploma Pengurusan Institusi Sosial Islam dalam KITAB Pulau Pinang. Biasiswa ini terbuka bagi Anak Pulau Pinang dan Anak Luar Pulau Pinang*. Garis Panduan Biasiswa Pendidikan Zakat MAINPP - KITAB Pulau Pinang boleh dilihat pada pautan berikut; https://drive.google.com/.../1lX0DGF7TDY7K5ElkErk.../view... ‼️Pilih Bijak, Pilih Masa Depan, Pilih KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
👨🎓Jadikan KITAB Pulau Pinang sebagai institusi pilihan pengajian anda selepas SPM!! KITAB Pulau Pinang merupakan institusi pengajian tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyediakan laluan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda ke Universiti-universiti di Timur Tengah (Jordan & Mesir) dengan dua atau tiga tahun pengajian*. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turut menyediakan peluang pengajian peringkat Diploma di KITAB dengan tawaran BIASISWA penuh kepada pelajar yang berkelayakan*. Syarat kemasukan bagi pengajian peringkat Diploma KITAB adalah 3 KREDIT SPM, manakala bagi program pensijilan adalah 1 KREDIT sahaja. _________ ‼️Kemasukan bagi sesi Julai 2025 masih lagi dibuka. Jom mohon sekarang‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat
🌟Pelajar-pelajar lepasan Diploma KITAB mendapat peluang yang terbuka luas untuk menyambung pengajian ijazah pertama ke Universiti-universiti Timur Tengah di Jordan dan Mesir. —————— ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐈𝐏𝐓 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐏𝐏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓. 📌 Permohonan boleh dibuat dalam talian di portal zakatpenang2u.com. ______ ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟏𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟐 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔 𝐇 | 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐁𝐌) 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁) 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) telah menerima kunjungan daripada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara yang diketuai En. Mohd Norlizam bin Md Ariff, Pengurus Latihan bagi wilayah utara, yang disambut oleh Profesor Madya Dr Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB serta ahli senat KITAB Pulau Pinang. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik 2030 KITAB ke arah mewujudkan program pendidikan bersepadu melalui kolaborasi pintar antara institusi pendidikan tinggi bersama pihak industri. Dalam sesi kunjungan ini, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan konstruktif berkaitan kerjasama akademik bagi kursus-kursus teknikal yang menggunakan teknologi sebagai nilai tambah kepada pelajar-pelajar peringkat diploma bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. KITAB optimis bahawa kerjasama strategik bersama ABM ini mampu melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja berakhlak mulia, tetapi juga kompeten, berkemahiran, dan bersedia menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara terutamanya kepada negeri Pulau Pinang yang terkenal sebagai negeri industri. Ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 melalui teras Pendidikan serta Visi Penang 2030 iaitu menjadi Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟏𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟏 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐣𝐣𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟔 𝐇 | 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐓𝐒 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁) Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) telah menerima kunjungan daripada tiga orang wakil Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan pelaksanaan Audit Pematuhan IPTS Tahun 2025. Ketibaan para pegawai telah disambut oleh Rektor KITAB, Profesor Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol bersama pengurusan tertinggi dan ahli senat KITAB Pulau Pinang. Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha KPT dalam memastikan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berdaftar di bawah Akta IPTS 1996 [Akta 555] sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan secara berterusan. Sesi audit telah berlangsung dengan lancar dan berakhir pada jam 4.30 petang melalui pembentangan dapatan audit oleh pihak KPT. ⸻ ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟏𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟔 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔 𝐇 | 𝐒𝐌𝐊 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐔𝐏𝐄𝐇 Pada hari ini, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh. Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan taklimat khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 berkenaan matlamat dan hala tuju selepas SPM, khususnya dalam memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan potensi diri. Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin memberikan pencerahan tentang pelbagai pilihan yang tersedia bagi lepasan SPM, termasuk peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Timur Tengah melalui laluan Diploma KITAB. Pelajar turut didedahkan dengan informasi penting mengenai struktur program, kelebihan menyambung pelajaran di KITAB, serta peluang kerjaya yang menanti. Program ini bukan sahaja memberikan motivasi kepada pelajar untuk lebih fokus dalam persiapan SPM, malah membuka minda mereka terhadap hala tuju kehidupan selepas tamat persekolahan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat anak-anak generasi umat Islam. ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋! Anda berminat untuk mendalami bidang halal yang semakin berkembang pesat? 💼 Sertai 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 di KITAB PULAU PINANG , program pengajian komprehensif yang membina ilmu dan kemahiran dalam industri halal, selari dengan keperluan pasaran dan syariah Islam. 🌟 KITAB dengan kerjasama PHI juga membuka penyertaan untuk 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 – kursus jangka pendek yang padat dengan ilmu praktikal, sesuai untuk usahawan, profesional, dan individu yang mahu mula melangkah ke dalam industri halal. Kenapa pilih program halal di KITAB? ✅ Diiktiraf & mengikut keperluan industri ✅ Tenaga pengajar berpengalaman ✅ Gabungan teori & amali ✅ Peluang kerjaya luas dalam sektor halal ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼JOM MASUK KITAB‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian Diploma dalam bidang Pengurusan Halal dengan tawaran BIASISWA PENUH* oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼ 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 ‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian Diploma dengan tawaran BIASISWA PENUH oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Innalillahi wa inna ilaihirraji'un. Al-Fatihah dan Salam Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya membabitkan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Di Jalan Raya Timur Laut, berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun 2025. Salam Takziah dari, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Warga Kerja KITAB Pulau Pinang. #UPSIBerduka
‼JOM MASUK KITAB‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian Diploma dalam bidang Kaunseling dengan tawaran BIASISWA PENUH* oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
SALAM AIDILADHA 1446H💫 "Semoga Aidiladha ini dapat mengajar kita tentang keikhlasan, keazaman dan nilai mendidik jiwa demi masa depan yang cemerlang." Ikhlas daripada, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼JOM MASUK KITAB‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian Diploma dalam bidang Syariah dengan tawaran BIASISWA PENUH* oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼JOM MASUK KITAB‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian Diploma dalam bidang Pengajian Islam dengan tawaran BIASISWA PENUH* oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
DAULAT TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H sembah takzim daripada Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐅𝐚𝐥𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟔–𝟐𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 Alhamdulillah, program Sijil Asas Falak 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, dari 26 hingga 28 Mei 2025. Program ini menghimpunkan para peserta yang berminat mendalami ilmu falak syarie secara teori dan praktikal. 🌟Hari Pertama, peserta diperkenalkan dengan Pengenalan Ilmu Falak dan Waktu Solat - perkongsian yang mengupas secara menyeluruh kepentingan ilmu falak dalam Islam dan kaedah penentuan waktu solat melalui pergerakan matahari dan aplikasi falak. ✨ Hari Kedua, para peserta didedahkan dengan fenomena Gerhana Bulan dan Matahari dalam slot yang disampaikan oleh En. Noor Azam — satu perkongsian yang mengupas hikmah dan sains di sebalik tanda-tanda kekuasaan Allah di langit. 🧭 Hari Ketiga, peserta mempelajari teknik menentukan Arah Kiblat, memahami fenomena Rukyah Hilal, dan pengiraan Takwim Islam. Ilmu falak terbukti sangat relevan dalam penentuan waktu ibadah umat Islam. 🌅 Lebih istimewa, para peserta turut berpeluang menyertai sesi cerapan Hilal Zulhijjah 1446H, memberi pengalaman secara langsung dalam usaha melihat anak bulan — amalan sunnah yang menjadi asas dalam penentuan awal bulan Hijrah. ‼️JOM Masuk KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Kelebihan Para Ulama Sabda Rasulullah SAW "Kelebihan orang alim ke atas seorang yang beribadat itu umpana kelebihan bulan purnama ke atas sekalian bintang-bintang, sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para nabi." (Riwayat Ibn Hibban 88) ‼️JOM Masuk KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼️PENGAMBILAN JULAI 2025 MASIH TERBUKA‼️ Berbaki 10 Kuota BIASISWA PENUH PENDIDIKAN MAINPP-KITAB Kuota Biasiswa ini diwujudkan khas bagi lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian Diploma Kewangan dalam KITAB Pulau Pinang. Biasiswa ini terbuka bagi Anak Pulau Pinang dan Anak Luar Pulau Pinang*. Garis Panduan Biasiswa Pendidikan Zakat MAINPP - KITAB Pulau Pinang boleh dilihat pada pautan berikut; https://drive.google.com/.../1lX0DGF7TDY7K5ElkErk.../view... ‼️Pilih Bijak, Pilih Masa Depan, Pilih KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼️PENGAMBILAN JULAI 2025 MASIH TERBUKA‼️ Berbaki 10 Kuota BIASISWA PENUH PENDIDIKAN MAINPP-KITAB Kuota Biasiswa ini diwujudkan khas bagi lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian Diploma Pengurusan Institusi Sosial Islam dalam KITAB Pulau Pinang. Biasiswa ini terbuka bagi Anak Pulau Pinang dan Anak Luar Pulau Pinang*. Garis Panduan Biasiswa Pendidikan Zakat MAINPP - KITAB Pulau Pinang boleh dilihat pada pautan berikut; https://drive.google.com/file/d/1lX0DGF7TDY7K5ElkErkDRFnfw9bwRoK6/view?usp=sharing ‼️Pilih Bijak, Pilih Masa Depan, Pilih KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 26 Mei 2025 | 28 Zulkaedah 1446 H Alhamdulillah, hari pertama Sijil Asas Falak 2025 anjuran KITAB dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah pun berlangsung dengan jayanya! 🌟 Ilmu falak bukan sekadar teori langit dan bintang – ia adalah ilmu yang menghubungkan kita dengan Allah melalui waktu, arah, dan hikmah penciptaan. 📚 Slot Pertama: Pengenalan Ilmu Falak Disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Haniff Bin Baderun. Peserta diperkenalkan kepada asas dan kepentingan ilmu falak dalam kehidupan umat Islam – daripada memahami kedudukan matahari dan bulan sehinggalah kepada peranan falak dalam ibadah harian. 🕌 Slot Kedua: Waktu Solat disampaikan oleh Dato’ Dr Abdul Halim, perbincangan menyeluruh tentang kaedah penentuan waktu solat berdasarkan pergerakan matahari serta aplikasi falak dalam memastikan ketepatan waktu ibadah. Teruskan bersama kami untuk slot-slot menarik yang seterusnya sepanjang program ini! #SijilAsasFalak2025 #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
📣PENGAMBILAN SESI JULAI 2025 MASIH TERBUKA📣 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang merupakan Institut Pengajian Tinggi hak milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). ASAH BAKAT PROFESIONAL ANDA BERSAMA KAMI‼️ KITAB menyediakan peluang pengajian peringkat Diploma dengan tawaran BIASISWA penuh disediakan oleh MAINPP*. Syarat kemasukan bagi pengajian Diploma KITAB adalah 3 KREDIT SPM, manakala bagi program pensijilan adalah 1 KREDIT sahaja. ‼️JOM Masuk KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋! Anda berminat untuk mendalami bidang halal yang semakin berkembang pesat? 💼 Sertai 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 di KITAB PULAU PINANG — program pengajian komprehensif yang membina ilmu dan kemahiran dalam industri halal, selari dengan keperluan pasaran dan syariah Islam. 🌟 KITAB dengan kerjasama PHI juga membuka penyertaan untuk 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 – kursus jangka pendek yang padat dengan ilmu praktikal, sesuai untuk usahawan, profesional, dan individu yang mahu mula melangkah ke dalam industri halal. Kenapa pilih program halal di KITAB? ✅ Diiktiraf & mengikut keperluan industri ✅ Tenaga pengajar berpengalaman ✅ Gabungan teori & amali ✅ Peluang kerjaya luas dalam sektor halal ‼️JOM MASUK KITAB‼️ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
‼JOM MASUK KITAB‼ KITAB Pulau Pinang menyediakan peluang pengajian dalam program Pensijilan dengan syarat minimum 1 KREDIT SPM sahaja. ✒Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran ✒Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran Program ini membenarkan pelajar SPM yang mendapat keputusan 1 kredit untuk sambung belajar di peringkat IPT dan menyambung pengajian peringkat Diploma KITAB secara pemindahan kredit. AYUH❗Rebut Peluang Ini❗ 📄 Isi Borang Permohonan: jommasuk.kitab.edu.my/v2/main.php Untuk butiran lanjut, sila rujuk www.kitab.edu.my atau hubungi: https://www.wasap.my/+60104535482/KITAB (Jabatan Pengurusan Akademik, KITAB) *tertakluk kepada terma dan syarat #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Aktiviti Semasa
Fasiliti
